Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, August 23, 2006

1st Episode

AUTHOR: Ici
TITLE: 1st episode
STATUS: Publish
ALLOW COMMENTS: 1
CONVERT BREAKS: 0
ALLOW PINGS: 0

DATE: 08/23/2006 04:03:06 AM
-----
BODY:

Ntah tiba tiba rasa nak buat blog pulak. Maybe because rasa lama tak jumpa kawan, nak jumpa pon susah. Tak nak la nanti orang kata sombong pulak. So apa kata ici share skit apa yang sedang terjadi kat dunia ici ni, kat sapa2 yang nak baca la. Meng-update-kan diri sendiri.



Ici start keje 1st August 2006, keje kat PPUM. Masuk-masuk je dapat posting obs and gynae (bab2 pompuan ni laa, yg macam2 kerenah tu). 4 bulan kat sini, sebab it's a major posting, so kena habiskan dalam masa setahun housemanship ni. 1 bulan pertama, ici ada kat labour ward, tempat owang bersalin. Asyik tengok mak buyong aje laa. Ada yang bersalin normal, ada yang kena vacuum, ada yang kena hantar operation, ada yang hantar balik. So far, dah 22 hari ici kat sini, seronok la! Ici memang suka bab deliver baby ni, tapi sakit kaki and badan bukan main! Nak patah pinggang kalau on-call. Bila ada orang kena hantar operation, ici pun cuba menghilangkan diri, sebab ici memang tak suka masuk OT(operation theatre).



Anyway, masuk-masuk je, si Amirul rupanye ketua HO (house officer) kat
OnG. Pastu jumpa la geng-geng dia, Hazri Ustad n Jeya. Adli yang
masuk sama time dengan ici start dengan posting ortho, so ici tak jumpa
dia sangat. So far jumpa 2 kali dlm 3 minggu ni.



Kat labour ward, jarang dapat time untuk duduk. Itu yang penatnye. Kalau pesakit ada 3-4 orang boleh la dok kejap. Ici start on-call 5 hari lepas tagging. Tagging tu maksudnya belajar lagi, mengekor bontot HO yang dah lama kat sana. Baru masuk, ici blajar la nak isik borang and certain guidelines in PPUM, sebab diorang lain skit. Understandable la, semua hospital ada regular regime diorang tersendiri. Tu yang dok tagging.



Kepada sesapa yg nak tau on-call tu cam ne, ni ici citerkan. Kalau ici on-call hari isnin, then ici keje macam biasa dulu, 8.00 pg (ha! tp ici biasa start keje 7.30 pagi) sampaila kul 4.00 ptg (tp ici biasa balik kul 5.00 ptg). Then on-call ici start dari 4.00 ptg tu sampai pukul 8.00 pagi esoknya hari selasa (16 jam). Then ici sambung keje mcm biasa 8.00 pg sampai 4.00 ptg. So kiranya 36 hours non-stop la. Ada paham? Kalau takde keje, mlm tu bole la tido, tp biasanya akan dikejut quite frequently. Kat labour ward, HO on-call 2 org, so kitorang amik shift, so at least sorang dpt tido 3 jam. Unless ada emergency operation, then sorang kene gi OT, sorang lagi jaga wad, maknanye dua dua tak dpt tido.



okay laa, ici nak mandi. Kaki yang berdenyut2 tadi dah takde. Cerita2 menarik lain kali.