Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, August 30, 2006

Apa nak expect bila dah tau pregnant

Sebenornye, dulu ada jugak terpikir nak tulis bende ni, untuk tolong kawan kawan yang baru kawen kawen tu. Kitorang kat hospital selalu tanya, ingat tak tarikh hari pertama haid yang terakhir skali? Susah nak paham ke? Meh ici Inggelishkan...your first day, of your last menstrual period.

Kalau tak ingat, refer laa calender, tak pe, kitorang paham (tapi ada jugak doktor-doktor yang tak paham bukan senang nak ingat). Kalau tak ingat, tanya laa suami tu, haa, ici tak tipu, ramai suami yang lebih ingat. Ehem...paham paham je laa kenapa.

Lepas dapat tarikh ni, kitorang slalu kira ikut minggu, bukan bulan macam korang slalu ingat tu. 1 bulan dah ada 4 - 5 minggu, so kira minggu lebih accurate. 38 hingga 40 minggu maknanya baby tu cukup bulan. 36 minggu masih tak cukup, walaupun beza 2 minggu. So, kitorang namakan cukup 'minggu' ni sebagai POA - period of amenorrhoea = period tak de menses.

Pastu, kitorang akan tanya, ada buat scan awal tak? Early scan maksudnya dari minggu 5 hingga 20 minggu. Masa ni paling bagus untuk tengok tarikh yang awak bagi tu betul tak dengan saiz baby. Takut-takut, u salah bagi tarikh. N takut jugak sebab datang tak tau berapa bulan and tak pernah buat check up, susah laa nak agak baby dah matang atau tidak masa lahir. Kematangan bayi memang penting, 2 minggu beza dah cukup untuk kitorang kat hospital pening kepala, patut tak bayi ni dpt ubat untuk tolong matangkan paru-paru dia, etc. Penting ni!

First time check up kat hospital yang puan puan nak bersalin tu, esti amik darah. Ini adalah wajib, dan ikut protokol antarabangsa, untuk keselamatan sejagat. kitorang akan tengok jenis darah, level hemoglobin darah (normal >11 g/dl), and screening utk syphillis + HIV + Hepatitis B. Mungkin kene amik extra utk certain kes, mcm parents yang ada kencing manis, ada darah tinggi n lain lain, sebab semuanya akan effect kandungan.

All this masa awal kandungan, belum lagi bila nak akhir kandungan n masa nak bersalin. Tu lain masa la yek? ici nak tido. Besok ici celebrate merdeka kat hospital. Malangnya, ici tak celebrate kat wad bersalin, tapi wad sakit puan, so tak dapat sambut merdeka baby, uhuk huk, sedih :(

Wednesday, August 23, 2006

1st Episode

AUTHOR: Ici
TITLE: 1st episode
STATUS: Publish
ALLOW COMMENTS: 1
CONVERT BREAKS: 0
ALLOW PINGS: 0

DATE: 08/23/2006 04:03:06 AM
-----
BODY:

Ntah tiba tiba rasa nak buat blog pulak. Maybe because rasa lama tak jumpa kawan, nak jumpa pon susah. Tak nak la nanti orang kata sombong pulak. So apa kata ici share skit apa yang sedang terjadi kat dunia ici ni, kat sapa2 yang nak baca la. Meng-update-kan diri sendiri.



Ici start keje 1st August 2006, keje kat PPUM. Masuk-masuk je dapat posting obs and gynae (bab2 pompuan ni laa, yg macam2 kerenah tu). 4 bulan kat sini, sebab it's a major posting, so kena habiskan dalam masa setahun housemanship ni. 1 bulan pertama, ici ada kat labour ward, tempat owang bersalin. Asyik tengok mak buyong aje laa. Ada yang bersalin normal, ada yang kena vacuum, ada yang kena hantar operation, ada yang hantar balik. So far, dah 22 hari ici kat sini, seronok la! Ici memang suka bab deliver baby ni, tapi sakit kaki and badan bukan main! Nak patah pinggang kalau on-call. Bila ada orang kena hantar operation, ici pun cuba menghilangkan diri, sebab ici memang tak suka masuk OT(operation theatre).



Anyway, masuk-masuk je, si Amirul rupanye ketua HO (house officer) kat
OnG. Pastu jumpa la geng-geng dia, Hazri Ustad n Jeya. Adli yang
masuk sama time dengan ici start dengan posting ortho, so ici tak jumpa
dia sangat. So far jumpa 2 kali dlm 3 minggu ni.



Kat labour ward, jarang dapat time untuk duduk. Itu yang penatnye. Kalau pesakit ada 3-4 orang boleh la dok kejap. Ici start on-call 5 hari lepas tagging. Tagging tu maksudnya belajar lagi, mengekor bontot HO yang dah lama kat sana. Baru masuk, ici blajar la nak isik borang and certain guidelines in PPUM, sebab diorang lain skit. Understandable la, semua hospital ada regular regime diorang tersendiri. Tu yang dok tagging.



Kepada sesapa yg nak tau on-call tu cam ne, ni ici citerkan. Kalau ici on-call hari isnin, then ici keje macam biasa dulu, 8.00 pg (ha! tp ici biasa start keje 7.30 pagi) sampaila kul 4.00 ptg (tp ici biasa balik kul 5.00 ptg). Then on-call ici start dari 4.00 ptg tu sampai pukul 8.00 pagi esoknya hari selasa (16 jam). Then ici sambung keje mcm biasa 8.00 pg sampai 4.00 ptg. So kiranya 36 hours non-stop la. Ada paham? Kalau takde keje, mlm tu bole la tido, tp biasanya akan dikejut quite frequently. Kat labour ward, HO on-call 2 org, so kitorang amik shift, so at least sorang dpt tido 3 jam. Unless ada emergency operation, then sorang kene gi OT, sorang lagi jaga wad, maknanye dua dua tak dpt tido.



okay laa, ici nak mandi. Kaki yang berdenyut2 tadi dah takde. Cerita2 menarik lain kali.